Abu Bakar As Siddiq



Abu Bakr As Siddiq Ra

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

Saidina Abu Bakar As-Siddiq:

     Nama sebenar beliau ialah Abdullah Bin Abu Quhafah dan beliau diberikan gelaran As-Siddiq yang bermaksud membenarkan kerana beliau sentiasa membenarkan segala kata-kata dan tingkahlaku Nabi Muhammad S.A.W.

Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali dan jurai salasilahnya adalah termasuk dalam Bani Tamim iaitu sebahagian keturunan dari Arab Quraisy. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.

Beliau mendapat gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.uhammad S.A.W. Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis iaitu majlis Syura', yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.

Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar.Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.

Jalaluddin al-Suyuti dalam karyanya al-Khulafa al-Rashidun ('Khalifah al-Rashyidun') menyatakan bahawa semasa perjumpaan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar orang Islam Ansar di rumah Sa'd ibn Ubadah selepas kewafatan Nabi Muhammad (SAW), Sayidina Abu Bakar pada mulanya mencadang dua calon sebagai Khalifah, yakni Sayidina Umar dan seorang Sahabat lain, Abu Ubaidah ibn al-Jarrah. Perbincangan menjadi hangat sehinggalah Sayidina Umar menyuruh Sayidina Abu Bakar menghulurkan tangannya lalu Sayidina Umar mengambil tangan Sayidina Abu Bakar dan memberi bai'ah kepadanya. Tindakan Sayidina Umar diikuti Muhajirin dan Ansar. Selepas mendapat bai'ah, Sayidina Abu Bakar mencari az-Zubair dan Sayidina Ali yang tiada di pertemuan itu. Kedua-dua mereka dipanggil dan memberi bai'ah kepada Sayidina Abu Bakar apabila mereka tiba. Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.

Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.

Sumbangan Abu Bakar As-Siddiq

Di antara sumbangan-sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam siri pemerintahannya ialah:

2.1. Dalam Medan Dakwah

Selepas Abu Bakar As-Siddiq memeluk Islam, beliau mula berdakwah. Peribadi Abu Bakar telah dikenali oleh kaumnya sebagai seorang yang mulia dan selalu menolong orang lain. Oleh sebab itu, banyak orang yang selalu datang kepadanya untuk meminta tolong dan disebabkan oleh keperluan perdagangan. Dalam kesempatan baik seperti ini, beliau selalu mengajak teman akrabnya untuk masuk Islam. Antara teman akrabnya yang memeluk Islam dari dakwahnya adalah Zubair bin Awwam, Usman bin Affan, Talha bin Ubaidah, Saad bin Abi Wakas dan Abdurahman bin Auf r.a.

2.2. Memerangi Tentera Rom

Abu bakar menjadi khalifah pertama dalam kerajaan Khulafa al-Rasyidin. Beliau memerintah selama dua tahun iaitu dari 11 hingga 13 Hijrah atau 632 hingga 634 Masihi. Perintah pertama yang dikeluarkan sesudah Abu Bakar diangkat menjadi khalifah ialah mengerahkan dan meneruskan perjalanan tentera Usamah bin Zaid. Pasukan Usamah ialah pasukan yang telah disiapkan Rasulullah untuk menggempur barisan tentera Rom di Perbatasan Utara.

2.3. Membebaskan Dari Cengkaman Rom Dan Parsi

Sumbangan lain ialah membebaskan negeri-negeri yang berada di bawah cengkaman Rom dan Parsi. Beliau telah berjaya membebaskan negeri-negeri di bawah naungan Rom dan Parsi. Tentera Islam yang diketuai panglima Khalid bin al-Walid turut berjaya mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar seperti Parsi di sebelah Timur dan serangan kerajaan Byzantine (Rom Timur) di sebelah Barat.

2.4. Memerangi Golongan Murtad

Selain itu, Abu Bakar juga menghapuskan golongan murtad dan nabi palsu sekaligus mendaulatkan kerajaan Islam Madinah. Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin,malah ada di antara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.

2.5. Memerangi Golongan Yang Enggan Membayar Zakat

Abu Bakar dalam dakwahnya ialah menghapuskan kaum yang enggan membayar zakat. Pemberontakan dan kekacauan itu sangat hebat sehingga mengakibatkan terdapat kabilah-kabilah Arab yang hampir murtad habis-habisan, melepaskan kepercayaan Islam seluruhnya manakala ada di antaranya yang masih tetap di dalam Islam tetapi enggan memenuhi salah satu daripada rukun Islam yang kelima iaitu zakat.

2.6. Membahagikan Tanah Arab Kepada Sepuluh Wilayah

Di samping itu, beliau turut berusaha untuk melicinkan lagi pentadbiran kerajaan Islam dengan membahagikan lagi Tanah Arab kepada sepuluh wilayah iaitu Mekah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut dan Nijran. Dalam dasar pemerintahannya, beliau turut melantik seorang amir atau ketua untuk mentadbir wilayah-wilayah tersebut. 2.7. Memperkenalkan Sistem Bayaran Gaji Kepada Tentera

Saidina Abu Bakar as-Siddiq turut memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui Ghanimah atau harta rampasan perang. Malah undang-undang tanah seperti bayaran cukai al-Kharaj atau cukai tanah dan Jizyah atau cukai perlindungan bagi orang kafir dan melindungi golongan mawali iaitu orang bukan Arab yang memeluk Islam.

2.8. Pengumpulan al-Quran

Sumbangan terbesar Saidina Abu Bakar als-Siddiq ialah beliau telah mengumpul semula semua naskah al-Quran dan mengkitab mukjizat Rasullullah itu menjadi panduan umat Islam sehingga kini. Hal ini kerana beliau telah mula runsing dengan kemunculan golongan murtad dan nabi palsu, maka beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit supaya mengumpulkan semua tulisan ayat al-Quran serta menyalinnya semula. Salinan tersebut telah disimpan olehnya dan telah diamanahkan kepada Saidina Umar bin al-Khattab, Hafsah (isteri kepada Nabi Muhammad) dan Saidina Uthman bin Affan. Sebagai pengiktirafan kepada jasanya itu, beliau telah digelar sebagai Penyelamat Umat Islam.

2.9. Sistem Pengurusan Jama’ah Haji

Selain itu,beliau juga merupakan sahabat awal yang mendapat gelaran Amirul Hajj. Ini berlaku pada tahun ke-9Hijrah. Tugas Amirul Hajj adalah memimpin jemaah haji ke Mekah sehingga kepulangan mereka di samping memberikan pengawalan dan menjaga keamanan mereka. Tugas sebagai Amirul Hajj juga adalah sebagai pembimbing pelaksanaan syiar ibadah haji di Mekah, Arafah dan di pelbagai daerah-daerah tanah suci.

Gallery Abu Bakar As Siddiq

Ramadan Profiles Abu Bakr As Siddiq The Prophet S Closest

The Best Humankind After The Prophets A S Abu Bakr Al

Pdf Urdu Pdf Khilafat E Hazrat Abu Bakar Sidd 1

Abu Bakr As Siddiq By Ruhi Demirel

Abu Bakar As Siddiq Best Islamic Quotes Resource Online

Shaikhul Hadees Mufti Muhammad Abu Bakar Siddiq Shazli

Abu Bakr As Siddiq Ra

Abu Bakr Siddiq Goodword Islamic Books

Hazrat Abu Bakr Siddiq Ra Islam Ahmadiyya

Hazrat Abu Bakr Al Siddiq The Truthful رضی اللہ عنہ

Abu Bakr As Siddiq The Age Of Bliss Ruhi Demirel

Abu Bakr As Siddiq The Age Of Bliss Series Ruhi Demirel

Abu Bakr A Man Of His Word Daily Sabah

Qasim Ibn Muhammad Ibn Abu Bakr The Naqshbandi Haqqani

40 Best Hazrat Abu Bakar Saddique R A Quotes And Sayings

The Life Of Abu Bakr As Siddiq The First Caliph Of Islam

The Musnad Of Abu Bakr As Siddiq

Hazrat Abu Bakr Siddiq R A For Android Apk Download

Hadrat Abu Bakr Siddiq Ra

Abu Bakar As Siddiq

Hazrat Abu Bakr Ke Halat E Zindagi Urdu Only

Abu Bakr Stock Photos Abu Bakr Stock Images Alamy


0 Response to "Abu Bakar As Siddiq"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel