Tanda Tanda Kehamilan Awal
15 Tanda Tanda Kehamilan Awal Minggu Pertama Kenali Tanda
Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!
Setiap kehamilan adalah berbeza, sama ada ia kehamilan yang pertama mahupun yang seterusnya. Kadang-kadang, kita tidak perasan yang sebenarnya kita hamil. Terutamanya mereka yang tidak mempunyai pengalaman hamil. Sebab itu kita tidak tahu tanda tanda mengandung.
Jadi, mari kita lihat 23 tanda awal kehamilan ini menunjukkan yang anda hamil atau simptom mengandung yang harus anda tahu.
23 tanda tanda mengandung yang akan dialami oleh wanita:
Tanda tanda mengandung 1: Anda terlepas tarikh haid
Foto ehsan: Bin usrah
Tanda tanda mengandung ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai haid yang tidak teratur.
Tetapi anda boleh membuat anggaran berapa lama maksimum masa anda lambat datang bulan dan bandingkan. Mereka yang hamil akan berhenti mengalami haid sehingga selepas bersalin.
Ramai wanita yang terlepas tanda awal kehamilan ini kerana menyangka mereka “datang haid” seperti biasa, sedangkan hanya tompokan darah sedikit saja yang keluar.
Tompokan darah sedikit ini dikenali sebagai spotting – dab biasanya tidak terlalu banyak hingga memenuhi pantyliner. Kenapa ia berlaku? Ia kerana telur cuba melekat pada lapisan dalam rahim, lalu mengakibatkan spotting.
Foto ehsan: Mediskus
Salah satu tanda yang biasanya di alami di awal kehamilan ialah mengalami kekejangan di bahagian abdomen. Ini kerana, penempelan sedang berlaku di dalam rahim dan perubahan ini kadang-kala menyebabkan kekejangan.
Alamak! Kenapa tetiba mengidam nak makan rojak pasembor Penang pula tiba-tiba ni… Ha, itu satu lagi tanda awal kehamilan.
Ada kes suami yang tiba-tiba mengidam. Tapi selalunya, si isteri memang akan mengidam teruk! Makanan yang sebelum ini tidak pernah disukai pun tiba-tiba boleh mengidam.
Kalau anda mengalami alahan yang teruk seperti mual, jeruk selalu menjadi makanan mengidam yang boleh mengatasinya. Namun hati-hati ya, jeruk ada pelbagai kandungan pengawet dan garam. Ia beri kesan yang tidak elok pada anak.
Foto ehsan: Rini Hapsari-Psikolog
Dalam perkataan lain ‘mood swing‘. Wanita sangat sinonim dengan perubahan mood yang mendadak di awal kehamilan.
Ini kerana, mereka sedang mengalami perubahan hormon yang mendadak. Jadi, perubahan mood adalah salah satu simptom yang normal.
Foto ehsan: WordPress
Terdapat dua kategori, sama ada anda menjadi semakin berselera makan atau langsung tidak berselera makan.
Sesetengah wanita akan mengalami alahan semasa hamil yang menyebabkan mereka muntah-muntah dan hilang selera makan semasa trimester pertama. Namun, 1 per 3 dari wanita hamil bernasib baik kerana tidak akan melalui alahan seperti ini.
Foto ehsan: Sihat dan cantik
Disebabkan badan sedang mengalami perubahan hormon dan fizikal, wanita hamil akan lebih mudah rasa penat dan lesu.
Mereka akan mula banyak tidur dan berehat kerana tidak bertenaga.
Tahukah anda yang suhu badan anda juga mampu menentukan sama ada anda hamil atau tidak?
Semuanya kerana perubahan suhu badan yang akan berlaku ketika ovulasi (waktu subur). Apabila ovulasi berlaku dan telur dilepaskan untuk pensenyawaan, suhu badan anda akan naik sedikit daripada biasa.
Sebab itu trik mencatat suhu badan adalah salah satu cara berkesan untuk ibu cuba hamil mengira waktu subur.
Apabila berlakunya perubahan hormon, organ seksual juga akan mengalami perubahan.
Biasanya, pada awal kehamilan, wanita hamil akan mengalami sakit pada payudara yang jelas terasa apabila hendak mengelap badan atau memakai pakaian.
Foto ehsan: Mommies journey
Anda mesti selalu lihat rakan anda yang hamil kerap ke tandas. Ya, itu yang akan anda alami ketika hamil.
Sekiranya anda mula kerap ke tandas, anda juga mungkin sedang hamil.
Sistem tubuh badan kita dilengkapi dengan sistem kekebalan untuk mengelak jangkitan penyakit atau bakteria. Namun ketika hamil, badan anda akan mengalami satu perubahan pelik iaitu anda akan kerap demam, selesema dan hidung tersumbat.
Ini kerana sistem imun badan anda semakin kurang berkesan. Sistem imun ini akan dicegah daripada menyerang ataupun menolak janin yang sudah terbentuk.
Foto ehsan: Sonherbal
Ini adalah salah satu masalah biasa bagi wanita hamil.
Sama ada anda mula mengalami kembung perut yang kerap atau mula mengalami sembelit. Pastikan anda banyak mengambil sayuran hijau!
Ibu yang hamil akan mudah mendapat sakit kepala kerana hormon estrogen dan progesteron yang dihasilkan badan.
Malah, sakit kepala ini juga mungkin disebabkan tahap gula dalam darah anda. Jika ia berlanjutan, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera!
Foto ehsan: UT
Anda tiba-tiba rasa semua bau lebih jelas dari biasa hingga membuatkan anda tidak senang dengan sesetengah bauan yang terlalu kuat.
Ia merupakan salah satu tanda anda hamil.
Perubahan warna pada faraj antara tanda mengandung susah untuk perasan. Ia berlaku kerana peningkatan aliran darah di kawasan pelvis wanita.
Bagaimana perubahan warna ini? Faraj anda akan nampak “lebih gelap” berbanding biasa.
Foto ehsan: Dr. Zubaidi
Ini disebabkan badan anda sedang mengalami perubahan dan mungkin disebabkan terlalu penat dengan perubahan tersebut. Kerap pening atau pengsan juga adalah normal di awal kehamilan.
Tanda-tanda ini adalah subjektif dan tidak semua wanita mengalaminya.
Namun, ini adalah antara tanda-tanda yang biasanya terjadi pada permulaan kehamilan. Kongsikan dengan kami apakah perubahan yang anda lalui di awal kehamilan 🙂
Macam mana nak tahu tanda anda mengandung anak lelaki atau perempuan?
Baca juga:
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!
Gallery Tanda Tanda Kehamilan Awal
15 Ciri Ciri Hamil Yang Wajib Bunda Ketahui
Tanda Tanda Awal Kehamilan Asshidiqaqiqah Com
Tanda Tanda Kehamilan Hamil Muda Hamil Anak Laki Atau
Kenali Yuk Bun Tanda Tanda Hamil Selain Telat Haid
13 Tanda Tanda Kehamilan Awal Wanita Hamil Muda
Memahami 13 Tanda Tanda Awal Kehamilan Suaramuslim Net
32 Gejala Ciri Ciri Orang Hamil Muda Yang Wajib Diketahui
Tanda Tanda Awal Kehamilan Ditulis Oleh Rabu 02 May 10
Tanda Tanda Kehamilan Normal Pada Trimester Pertama Alodokter
Kehamilan Minggu Pertama Tanya Tanda Tanda Kehamilan
7 Tanda Tanda Masa Awal Kehamilan Yang Jarang Kamu Kenali
37 Tanda Tanda Hamil Ciri Ciri Orang Hamil Dokter Sehat
Tanda Tanda Hamil 1 Hari Apakah Kehamilan 1 Hari Bisa
Apa Bedanya Nyeri Payudara Karena Pms Dan Gejala Hamil
Cara Membedakan Tanda Kehamilan Dan Gejala Menstruasi
13 Tanda Tanda Kehamilan Sebelum Telat Haid Dan Setelah 1
11 Tanda Tanda Hamil Awal Yang Jarang Disadari Kamu Merasakan
Apa Saja Yang Menjadi Tanda Awal Kehamilan Luvizhea
6 Perbedaan Nyeri Payudara Saat Hamil Dan Menstruasi
Tanda Tanda Kehamilan Awal Dan Pasti Hamil Pada Wanita
Tanda Kehamilan Yang Pasti Inilah 5 Tanda Pasti Kehamilan
Apa Saja Tanda Tanda Kehamilan Cara Menggugurkan Hamil
Tanda Awal Kehamilan Informasi Bagi Calon Ibu
Tanda Awal Kehamilan Cek Dulu Baru Test Pack
0 Response to "Tanda Tanda Kehamilan Awal"
Post a Comment