Cara Sholat Jamak Takhir
Panduan Mengerjakan Solat Khas
Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir Yang Betul Dari JAKIM
Selalunya, di hentian R&R Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), kita biasa nampak tatacara, panduan dan cara solat jamak dan qasar di dinding surau. Bila mahu solat, kita baca. Lepas itu, lupa. Jika singgah lagi di R&R, baca lagi. Selepas itu, lupa lagi. Mungkin kerana tidak dipraktikkan, kita selalu lupa.
Apa tidaknya, jika tidak selalu diamalkan, kita akan terlupa cara solat jamak. Kena selalu praktis cara solat jamak jika bermusafir agar terus lekat dalam kepala. Di bawah ini ialah panduan sembahyang musafir atau cara solat jamak yang diambil menggunakan kamera di salah satu Hentian R&R PLUS.
Apabila bermusafir, tidak kira menaiki kenderaan di darat, laut atau udara, kita dibolehkan melakukan solat jamak. Namun, bagi orang yang tidak biasa, tentu agak janggal. Oleh yang demikian, ini adalah perkongsian agar kita dapat ketahui cara solat jamak taqdim dan takhir dari sumber yang mempunyai kredibiliti iaitu JAKIM.
Apa itu solat jamak?
Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:
1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Apakah syarat solat jamak?
Untuk solat jamak taqdim:
1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
Untuk solat jamak taakhir:
1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
Bagaimana cara dan contoh niat solat jamak?
Untuk jamak taqdim:
1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
Untuk jamak taakhir:
1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
Akhir kata
Semoga artikel cara solat jamak ini dapat membantu kita melakukan ibadah, walau di mana kita berada. Usah sesekali meringankan solat, walaupun bermusafir.
Untuk menghimpunkan dan memendekkan rakaat solat, baca panduan solat jamak qasar yang betul. Harus diingat, yang dibolehkan hanya solat Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak sahaja.
Walaubagaimanapun, jika hanya ingin memendekkan solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’, ikuti panduan solat qasar dari JAKIM.
Semoga perjalanan kita mendapat keredhaan Allah.
Gallery Cara Sholat Jamak Takhir
Tata Cara Shalat Jama Takhir Maghrib Dan Isya Ustadz Abul Aswad Al Bayaty
Niat Tata Cara Sholat Jamak Takdim Jamak Takhir Serta
Cara Solat Jamak Taqdim Takhir Yang Betul Dari Jakim
Solatqasar Instagram Posts Photos And Videos Instazu Com
Tag Tata Cara Sholat Jamak Takhir Video Tata Cara Sholat
Tata Cara Shalat Jamak Lengkap By Ikatan Paranormal
Tata Cara Sholat Jamak Dan Qashar Untuk Mudik Lebaran
Cara Solat Qasar Dan Jamak Zafana Roza
Cara Menjamak Shalat Maghrib Dan Isya Bimbingan Islam
Tata Cara Sholat Jamak Dan Qashar Lengkap Dengan Niat Dan
Cara Solat Jamak Taqdim Takhir Yang Betul Dari Jakim
Taqdim Instagram Hashtag Toopics
Cara Solat Jamak Qasar Yang Betul Zohor Asar Maghrib
Cara Solat Jamak Takhir Takdim Qasar Zohor Asar
Seperti Ini Bunyi Niat Sholat Jamak Umroh Com
Syarat Niat Dan Cara Sholat Jamak Takhir Dan Taqdim
Bercuti Sambil Beribadah Islam Itu Indah
Cara Sholat Jamak Maghrib Dan Isya Beserta Niatnya
Doc Sholat Jama Dan Qashr Adam Saputra Academia Edu
Sholat Jamak Dan Qashar Bacaan Niat Tata Cara Dan
Panduan Solat Jamak Qasar Lengkap For Android Apk Download
Cara Solat Jamak Qasar Panduan Lengkap Ejaan Rumi
0 Response to "Cara Sholat Jamak Takhir"
Post a Comment