Gambar Peredaran Darah Manusia
Macam Macam Peredaran Darah Manusia
SISTEM PEREDARAN DARAH BESERTA GAMBAR
- Adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup
- Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-za makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.
- Sistem darah manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.
- Jantung
- Saluran darah
- Darah
- Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri.
- Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil septum.
- Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan iaitu:
- Pericardium (luar)
- Myocardium (tengah)
- Endocardium (dalam)
- Jantung mempunyai 4 ruang iaitu:
- 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium
- 2 ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel
- Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di dalam jantung
- Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan.
- Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid
- Pengucupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru.
- Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru.
- Seterusnya dalah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri.
- Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri.
- Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan.
Struktur dan Fungsi Salur Darah
Terdapat 3 jenis salur darah yang utama: Arteri- Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan.
- Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung
- Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol
- Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.
- Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan.
- Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri.
- Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.
- Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injapa ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya.
- Vena yang terkencil sekali dinamakan venul
- Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.
- Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali.
- Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul.
- Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.
- Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.
- Pepejal (sel darah ) 40%
- Cecair (plasma) 60%
- Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (6 liter) darah.
- Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan (platelet)
- Adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi bahan larut dalam air. Lebih kurang 90% daripada plasma terdiri daripada air.
- Bahan larut yang terkandung dalam plasma:
- Garam-garam
- Bahan-bahan makanan – glukosa, asid amino
- Protin darah – fibrinogen, globulin dan albumin
- Bahan-bahan kumuh terutama urea
- Hormon
- Berbentuk ceper dwicekung
- Tidak mempunyai nukleus
- Mengandungi pigmen hemoglobin yang memberikan warna merahnya.
- Saiz dan bentuknya menghasilkan nisbah luas permukaan terhadap isi padu yang besar dan ini menambahkan kecekapan sel darah merah bagi pertukaran oksigen dengan plasma
- Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari. Ia dimusnahkan dalam hati dan digantikan oleh sel-sel baru dalam sumsum tulang
- Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak sekata
- Tiap-tiap leukosit mempunyai nukleus
- Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum tulang dan kelenjar limfa dan hidup selama lebih kurang 30 jam.
- Terdapat pelbagai jenis sel darah putih yang berlainan dari segi rupa dan fungsi.
- Ia memainkan peranan yang penting dalam pertahanan badan terhadap serangan bakteria.
- Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dan tisu badan.
- Melawan jangkitan kuman.
- Membawa bahan buangan atau kumpulan, hormon-hormon dan enzim-enzim.
- Memberi warna kepada kulit
- Mengawal suhu badan.
Gallery Gambar Peredaran Darah Manusia
Uraian Materi Sistem Peredaran Darah Modul Biomind
Fungsi Organ Tubuh Manusia Dan Hewan Pelajaran Ipa Sd Mi
Sistem Peredaran Darah Manusia Gambar Pengertian
Doc Lks Sistem Peredaran Darah Gek Taricantik Academia Edu
Jalur Peredaran Darah Di Dalam Tubuh Manusia Your Chemistry A
Sistem Peredaran Darah Manusia Edulogy
Alat Peredaran Darah Manusia Dan Fungsi Beserta Gambarnya
Anatomi Organ Tubuh Manusia Dan Jaringan
Bagaimana Cara Kerja Peredaran Darah Manusia Penulis Cilik
Atrium Anatomi Wikipedia Bahasa Indonesia Ensiklopedia
Cara Lukis Gambar Jantung Percutian
Sains Best Sistem Peredaran Darah Manusia Circulatory
Sistem Peredaran Darah Pada Manusia Jantung Tubuh Arteri
Sistem Peredaran Darah Manusia Dan Penjelasannya Lengkap
Skema Dan Perbedaan Sistem Peredaran Darah Besar Dan Kecil
Ternyata Inilah Perbedaan Peredaran Darah Besar Dan Kecil
Gangguan Pada Sistem Peredaran Darah Dan Penyebabnya
Fungsi Organ Peredaran Darah Manusia Mikirbae Com
Sistem Peredaran Darah Pengertian Jenis Fungsi Komponen
Sistem Peredaran Darah Manusia
Gambar Peredaran Darah Animasi Sirkulasi Darah Manusia
Sistem Peredaran Darah Manusia Pdf
Sistem Peredaran Darah Pada Manusia Dan Gangguannya
Sistem Peredaran Darah Terbuka Tertutup Kecil Besar Fungsi
Membahas Tentang Sistem Peredaran Darah Lengkap Beserta
0 Response to "Gambar Peredaran Darah Manusia"
Post a Comment