Perkembangan Anak Usia 3 Tahun



Tahapan Pertumbuhan Dan Perkembangan Anak Usia 1 3 Tahun

Kenali si kecil anda yang berusia 3 tahun itu

Anda pasti selalu tercari-cari apakah minat anak anda? Bagaimana perwatakan mereka apabila besar nanti? Sebenarnya, anak usia 3 tahun sudah menunjukkan minat dan perwatakan mereka yang tersendiri.

Jika anda rajin untuk melihat minat dan perwatakan mereka ini, anda akan lebih memahami mereka.

Memahami perilaku anak dan belajar mengawal refleks mereka akan membantu anda membentuk perkembangan mereka. Malah, cara didikan anda juga akan membentuk siapa diri anak usia 3 tahun nanti serta mengeratkan hubungan antara anda dan anak anda.

Kredit: Anmum

Apa yang ditunjukkan oleh anak usia 3 tahun mungkin adalah bayangan bagaimana dirinya nanti di usia 26 tahun menurut kajian.

Dan perilaku malah perwatakan ini makin dipengaruhi oleh ibu bapa mereka. Hanya segelintir saja akan dipengaruhi oleh kawan-kawan.

9 jenis perangai anak usia 3 tahun itu

Ini merupakan 9 karakter pada kanak-kanak menurut kajian yang dikemudi oleh Profesor Stella Chess dan Alexander Thomas dari New York University School of Medicine:

1. Tahap aktiviti mereka meningkat

Ini melibatkan tahap tenaga, semangat dan aktiviti motor am mereka. Sebab itu mereka akan lebih aktif dan gemar bermain. 

2. Mula mendekati atau menjauhi sesuatu

Kredit: Vemale

Perangai ini melibatkan perilaku anak anda terhadap sesuatu yang baru atau tidak dikenali oleh mereka.

3. Pusingan perkembangan yang lebih tetap

Ini lebih kepada perkembangan fizikal mereka. Kitaran makan, tidur, membuang air dan fungsi badan yang lain akan berubah dan menjadi semakin tetap. 

4. Mula memahami tentang penyesuaian

Ini tentang bagaimana anak anda menyesuaikan diri dengan perubahan. Jika dulu mereka akan menangis apabila terpaksa berhadapan dengan sebarang perubahan, sekarang mereka lebih bijak menyesuaikan diri. 

5. Fokus mereka semakin bagus

Bagaimana mereka boleh fokus atau semudah mana mereka boleh hilang fokus.

6. Respon anak berubah

Ini melibatkan tahap sensori anak anda. Sebanyak mana rangsangan yang mereka perlu untuk mendapat respon mereka? Setiap kanak-kanak berbeza, ada yang cepat memberi respon, ada yang sedikit lambat.

Jika anda cuba menarik perhatian mereka, cuba guna benda yang mereka suka. Dengan cara ini, respon mereka boleh dirangsang.

7. Reaksi anak lebih mendalam

Kredit: Friso

Bagaimana anak anda mengekspresikan emosi mereka terhadap situasi yang berbeza boleh dilihat ketika ini.

Reaksi ini bersifat lebih “mendalam” dan kadang-kadang mampu buat anda terharu, ketawa dan marah!

8. Kualiti mood

Selalunya dia bagaimana? Ceria, serius atau lurus?

9. Ketahanan mental anak berubah

Bagaimana anak anda menghadapi halangan atau cabaran sekarang?

Kesemua 9 karakter ini akan ada pada anak anda. Yang membezakan ialah tahap setiap karakter ini.

Cara mendidik anak berusia 3 tahun berdasarkan personaliti

Walaupun berdasarkan biologi, perilaku boleh berubah mengikut masa. Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi perubahan ini. Antaranya seperti – rumah, sekolah, dan cara didikan ibu bapa.

Peringatan: ini hanyalah panduan am

Peribadi anak berubah-ubah tetapi secara amnya ia dibahagikan kepada 3 kategori:

#1 Anak yang ‘mudah’

Tidak banyak buat perangai. Waktu tidur dan makan tetap. Mudah menyesuaikan diri dan sentiasa dalam keadaan baik.

Tip keibubapaan: Mereka selesa dengan rutin yang tetap. Mereka tidak suka akan perubahan dan mungkin akan terganggu dengan perubahan.

Bimbing mereka dengan jadual yang tetap dan pupuk tingkah laku yang positif.

#2 Anak yang ‘susah’

Jadual makan, tidur dan membuang air mereka tidak teratur. Mereka tidak mahu perubahan. Dan mereka juga mudah kecewa, marah dan membuat perangai (tantrum).

Tip keibubapaan: Jangan memaksa mereka terlibat dengan situasi sosial. Tenangkan mereka ketika menerima pengalaman baru.

Sangat bersabar bila mereka membuat perangai, mereka memerlukan lebih pemahaman.

#3 Anak yang ‘sukar menyesuaikan diri’

Apabila terdedah kepada sesuatu benda yang baru, anak ini akan berdiam diri. Mereka tidak mahukan perubahan. Tapi jadual tidur, makan dan membuang air mereka adalah tetap.

Tip keibubapaan: Kerap mendedahkan mereka kepada situasi sosial yang baru akan membantu mereka lebih terbuka. Jika anak anda di dalam kategori ini, mereka akan keluar dari perilaku ini nanti.

Apa yang penting sebenarnya ialah, kesabaran dan penuh kasih sayang di setiap peringkat tumbesaran anak anda.

Sumber: theAsianparent SingaporePsychpage.comWebMD, University of Colorado Psychology department, Child Development Media

Kredit gambar: Hello Sehat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

Cara mendidik anak-anak supaya mendengar kata

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Gallery Perkembangan Anak Usia 3 Tahun

Perkembangan Motorik Anak Usia 1 5 Tahun Sayangianak

5 Tahap Perkembangan Anak Usia 3 Tahun Popmama Com

Doc Pertumbuhan Dan Perkembangan Anak Usia 2 3 Tahun

Tumbuh Kembang Anak 3 Tahun Dsconsultant Id

Perkembangan Anak Usia 3 5 Tahun

Ciri Ciri Perkembangan Anak Usia 3 6 Tahun Sebuah Harapan

Perbedaan Perkembangan Sosial Anak Usia 3 6 Tahun Journal Ums

Ppt Perkembangan Motorik Anak Powerpoint Presentation

Tumbuh Kembang Anak 2 3 Tahun Archives Dsconsultant Id

Tips Memilih Mainan Tepat Untuk Mendukung Tumbuh Kembang

Perkembangan Anak Usia 3 6 Tahun Sibolga

Galuh

Tahap Tumbuh Kembang Anak Usia 2 3 Tahun Artikel Parenting

Tingkat Pencapaian Perkembangan Anak Usia 2 3 Tahun Paud

Ini Perkembangan Ideal Anak Dari 1 3 Tahun

Sayangi Anak Perkembangan Anak Usia 4 5 Tahun Facebook

Pertumbuhan Dan Perkembangan Anak Usia 3 Tahun Aku Seorang Ibu

Makalah Individu Docx Pertumbuhan Dan Perkembangan Anak

Perkembangan Anak 3 Tahun 4 Bulan Panduan Lengkap Untuk

Indikator Pertumbuhan Dan Perkembangan Anak Usia 3 Tahun Friso

Perkembangan Fisik Dan Kognitif Masa Kanak Kanak Awal Usia 3

Jual Madu Alami Vitamin Untuk Tahap Perkembangan Anak Usia 3 Tahun 1kg Ric Kota Depok Ratu Inka Colls Tokopedia

Stimulasi Motorik Kasar Anak Usia 2 3 Tahun Trust Daycare

Buku Parenting Panduan Tumbuh Kembang Dan Stimulasi Anak Usia 0 5 Tahun


0 Response to "Perkembangan Anak Usia 3 Tahun"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel