Perjanjian Sewa Menyewa Rumah



Perjanjian Sewa Menyewa Rumah Docx Perjanjian Sewa Menyewa

Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah - TERKINI 2020!

Update: Kini dengan versi terbaru untuk Tahun 2020! Lebih padat dan lengkap untuk melindungi rumah sewa anda daripada tindakan penyewa yang tidak diingini! Kini anda boleh gunakan surat perjanjian ini tanpa sebarang watermark daripada Sewanify!

Di sini, kami ingin membawa anda untuk selami apakah kriteria atau syarat penting dalam sesebuah contoh surat perjanjian sewa rumah yang ringkas di Malaysia.

Anda perlu tahu:

Surat perjanjian sewa rumah di luar negara adalah tidak sama dan tidak digalakkan untuk dipakai di Malaysia kerana perse

kitaran dan undang-undang di Malaysia adalah berbeza dengan di luar sana.

Sebelum kami tunjukkan surat perjanjian ni..

..anda tau tak apa gunanya surat ni?

Haa, bagi anda yang baru sahaja ingin mengorak langkah ke pelaburan hartanah, setiap sewaan WAJIB ada surat perjanjian sewa rumah.

Dalam bahasa orang putih disebut sebagai “Tenancy Agreement“.

Kalau ikut definisi yang diberikan oleh sebuah badan kerajaan di New Zealand, Tenancy:

“A tenancy agreement is a contract between a landlord and a tenant. It records all the key things that a landlord and a tenant have agreed to about the tenancy.”

Yang membawa maksud, surat perjanjian sewa rumah adalah kontrak antara pemilik rumah dan penyewa. Ia merekodkan segala syarat-syarat penting untuk pemilik rumah dan penyewa bersetuju tentang sesebuah sewaan.

Sumber: PropSocial

“Oh apa gunanya surat perjanjian tu?”

Surat perjanjian sewa rumah adalah digunakan untuk memberi perlindungan kepada tuan rumah seperti anda dan juga penyewa rumah sewa tersebut.

Kandungan surat perjanjian adalah berbeza mengikut rumah sewa tersebut, namun begitu, secara umumnya ianya boleh dikatakan sama dari segi syarat-syarat utama dalam perjanjian sewa rumah itu.

Ia adalah sangat penting, sehinggakan jatuh hukumnya WAJIB oleh taiko-taiko pelabur hartanah ni.

Anda perlu tahu:

Sekiranya anda tidak mempunyai surat perjanjian secara bertulis yang dipersetujui oleh penyewa, anda sebagai tuan rumah akan menghadapi risiko yang lebih besar terhadap rumah sewa tersebut.

Cuba anda bayangkan:

Penyewa hubungi anda melalui WhatsApp untuk menyewa rumah anda. Tidak cukup dengan WhatsApp, beliau call anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang rumah tersebut sambil berbincang terma dan syarat sewaan rumah tersebut.

Selepas anda berdua berborak dan berbincang panjang lebar, penyewa bersetuju untuk menyewa rumah tersebut dan mengambil kunci rumah daripada anda.

Anda mungkin hanya meminta maklumat peribadinya sahaja sebagai rujukan anda di masa hadapan. Selang beberapa bulan, tiba-tiba penyewa anda buat hal, beliau merosakkan harta benda dalam rumah sewa anda.

Pada masa ini, anda cuba untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau. Namun, mahkamah menolak tindakan anda kerana anda tidak mempunyai surat perjanjian rumah sewa yang telah dipersetujui bersama.

Ini bermakna, tindakan penyewa tersebut merosakkan harta benda rumah sewa anda adalah sah di sisi undang-undang! 

Moral cerita ini:

Pentingnya anda sebagai tuan rumah untuk mempunyai surat perjanjian rumah sewa yang dipersetujui oleh bakal penyewa anda. Ini memberikan perlindungan yang maksima terhadap anda dan juga rumah sewa anda.

Namun begitu, mempunyai surat perjanjian rumah sewa sahaja tidak cukup meyakinkan pihak mahkamah sekiranya kandungannya tidak disusun dengan atur dan tepat.

Klik di sini untuk muat turun surat perjanjian sewa rumah Sewanify 2020

Seterusnya, jom kita lihat apakah kandungannya dan bagaimana anda harus susun surat perjanjian rumah sewa ini dalam format yang betul!

Kandungan Surat Perjanjian Rumah Sewa

Antara kandungan penting dalam surat perjanjian rumah sewa adalah:

  1. Muka Hadapan
  2. Maklumat Penyewa
  3. Jadual Pembayaran
  4. Senarai Inventori
  5. Syarat-syarat Perjanjian
  6. Tandatangan Persetujuan

1. Muka Hadapan

Muka hadapan adalah ruangan untuk anda sebagai tuan rumah dan penyewa untuk secara ringkasnya menulis alamat rumah sewa, nama tuan rumah (anda), nama penyewa dan tarikh diserahkan surat perjanjian tersebut.

Maklumat-maklumat tersebut adalah penting sebagai rujukan awal untuk seluruh surat perjanjian itu.

Ia menjadi lebih penting apabila:

Rumah sewa tersebut mempunyai lebih daripada seorang penyewa, yang di mana, muka hadapan menjadi rujukan terpantas untuk membezakan penyewa-penyewa rumah tersebut.

Rekaan simple dan professional di muka hadapan surat perjanjian juga adalah penting untuk memberi gambaran anda seorang tuan rumah yang mengambil serious terhadap kebajikan penyewa, sekali gus membina kepercayaan penyewa terhadap anda.

2. Maklumat Penyewa

Anda sebagai seorang tuan rumah harus mempunyai maklumat bakal penyewa anda, terutamanya maklumat perhubungan bakal penyewa.

Maklumat penyewa adalah elemen yang sangat penting dalam surat perjanjian sewa rumah bagi memastikan anda mempunyai rekod latar belakang penyewa anda.

Ianya boleh digunakan sebagai perlindungan anda sebagai tuan rumah, sekiranya berlaku apa-apa kejadian, anda mempunyai rekod maklumat perhubungan untuk anda hubungi.

Walaubagaimanapun:

Anda sebagai penyimpan maklumat peribadi penyewa harus mempunyai persetujuan daripada penyewa untuk menyimpan dengan baik dan tidak bocori segala maklumat yang terkandung dalam surat perjanjian sewa tersebut.

Deklarasi untuk menyimpan dengan selamat harus ditulis di dalam surat perjanjian tersebut dan ditandatangani oleh kedua belah pihak.

3. Jadual Pembayaran Sewa

Sebagai seorang pelabur hartanah, jadual pembayaran adalah bahagian yang anda WAJIB tekankan dalam sesebuah perjanjian sewa rumah.

Bahagian ini menyatakan secara terperinci tentang maklumat pembayaran yang perlu dibuat oleh penyewa. Ia merangkumi tempoh sewaan, tarikh mula dan tamat sewaan, kadar sewaan, tarikh pembayaran sewaan, deposit/cagaran dan penyataan kegunaan sewaan.

Maklumat Penyewa, Tuan Rumah dan Rumah Sewa hanyalah sebagai rujukan sahaja sekiranya perlu.

Tempoh sewaan adalah tempoh di mana penyewa tersebut menyewa rumah sewa anda dan ianya bergantung kepada strategi pelaburan hartanah anda. Sama ada ingin membuat kontrak 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun atau tiada kontrak langsung.

Tarikh mula dan tamat sewaan pula adalah tarikh untuk penyewa anda boleh masuk dan keluar daripada rumah sewa tersebut. Sebagai tuan rumah, penting untuk anda mempunyai tarikh kontrak yang sesuai bagi memberi anda ruang dan peluang untuk memperbaiki dan memperkemas rumah sewa tersebut sebelum penyewa seterusnya masuk.

Kadar sewaan adalah jumlah sewa yang perlu penyewa bayar kepada anda setiap bulan.

Tarikh pembayaran sewaan adalah poin yang penting juga bagi melindungi hak anda sebagai pelabur hartanah, iaitu untuk mendapatkan duit sewaan tepat pada masanya.

Sekiranya anda menetapkan 1 haribulan setiap bulan sebagai tarikh pembayaran sewaan, maka penyewa diwajibkan untuk bayar kadar sewaan yang penuh pada 1 haribulan setiap bulan.

Di dalam surat perjanjian sewa rumah yang kami berikan ini, telah dinyatakan pada klausa syarat-syarat perjanjian pada muka surat seterusnya berkenaan kegagalan untuk membayar duit sewa tepat pada masanya.

Di ruangan Deposit/Cagaran pula, anda sebagai tuan rumah harus menetapkan berapa wang deposit/cagaran yang anda perlukan.

Kebiasaannya, untuk langkah keselamatan..

..anda boleh minta:

  • 2 bulan deposit beserta 1 bulan pertama sewaan dan 1 bulan deposit utiliti (2+1+1)
  • 2 bulan deposit berserta 1 bulan pertama sewaan (2+1)
  • 1 bulan deposit berserta 1 bulan pertama sewaan (1+1).

Bergantung pada budi bicara anda dan penyewa anda.

Baca di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang sistem Deposit/Cagaran yang anda boleh gunakan >>> Deposit Sewa Rumah? Maksud 1+1, 2+1 atau 2+1+1? WAJIB Tahu!

Kegunaan Sewaan pula adalah tujuan sewaan itu dibuat, sekiranya anda hanya membenarkan penyewa anda menggunakan rumah sewa tersebut sebagai kediaman sahaja, anda tuliskan “Hanya untuk kediaman sahaja”.

Sekiranya anda membenarkan untuk penyewa anda membuat urus niaga dalam rumah sewa tersebut, anda tulis “Untuk urusan niaga dan kediaman”.

4. Senarai Inventori

Sekiranya anda ingin menyewakan rumah sewa anda yang penuh dilengkapi perabot, kami sarankan anda untuk membuat rekod bertulis pada setiap perabot dan perkakasan yang ada pada rumah sewa tersebut.

Salah satu perkara yang kurang disenangi oleh pemilik rumah adalah apabila melihat keadaan rumah sewanya selepas penyewa-penyewa beliau tamat tempoh sewaan mereka.

Apa yang sering dilihat adalah kerosakan yang berlaku pada perabot dan perkakas rumah sewa tersebut.

Yang lagi sedihnya, penyewa tidak mengaku bahawa kerosakan-kerosakan tersebut datang daripada mereka.

Tetapi…

…dalam masa yang sama, anda juga tidak boleh buktikan bahawa mereka yang salah kerana mungkin sahaja kerosakan tersebut sudah sedia ada sebelum mereka masuk lagi.

Haa, nampak tak di mana masalahnya di situ?

Solusi yang terbaik untuk isu ini adalah dengan mempunyai senarai inventori bagi merekod setiap barangan yang ada pada rumah sewa tersebut sebelum penyewa-penyewa baru masuk lagi.

Ini penting:

Rekod bertulis ini boleh dibuat dengan menggunakan senarai yang simple sahaja. Cukup setakat anda merekod setiap barangan di dalam rumah sewa tersebut dengan menulis kuantiti dan keadaan barangan-barangan tersebut.

Option lain:

Anda boleh laksanakan spot-check sebelum tandatangan surat perjanjian rumah sewa dengan menyemak dan merekod segala barangan dalam rumah sewa tersebut bersama bakal-bakal penyewa.

Sekiranya berlaku apa-apa musibah pada barangan tersebut, anda rujuk semula senarai inventori ini untuk menentukan punca kerosakan itu berlaku. Selamatkan diri anda sebelum penyewa anda.

5. Syarat-Syarat Perjanjian

Di dalam surat perjanjian sewa rumah, tidak sah sekiranya tiada syarat-syarat perjanjian yang akan dipersetujui oleh tuan rumah dan penyewa.

Ini adalah disebabkan, syarat-syarat perjanjian adalah elemen yang mampu mengawal tindak-tanduk penyewa anda daripada naik lemak terhadap anda!

Syarat-syarat yang terkandung dalam surat perjanjian sewa rumah adalah berbeza mengikut keadaan rumah dan strategi pemilik rumah.

Anda patut tahu:

Sekiranya terlampau longgar, maka penyewa mudah untuk mengambil kesempatan. Sekiranya terlampau ketat, akan menyukarkan penyewa dan sukar untuk mendapat testimoni yang baik daripada mereka.

Kesimpulannya:

Anda boleh seimbangkan dengan berbincang dengan mereka tentang kewajaran sesebuah syarat-syarat perjanjian, adakah mereka mampu untuk menanggung segala yang tercatit dalam perjanjian tersebut.

Tapi anda harus ingat..

..untuk menjadi pelabur hartanah yang luar biasa, yang mampu membina positive cashflow dan penyewa yang boleh bayar sewa rumah tepat pada masanya, anda harus bersifat tegas pada syarat-syarat perjanjian anda. Ini adalah demi menjaga kepentingan anda dalam pelaburan hartanah ini.

6. Tandatangan Persetujuan

Perkara yang terakhir sekali dan perkara yang sangat penting untuk meluluskan surat perjanjian sewa rumah ini adalah, tandatangan pemilik rumah, penyewa dan saksi (sekiranya ada).

Sekiranya kedua belah pihak bersetuju dan telah menandatangani surat perjanjian tersebut, maka mereka sudah mula untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam memenuhi kandungan-kandungan perjanjian itu.

Walaubagaimanapun.. 

..sekiranya salah seorang daripada mereka gagal untuk mematuhi kandungan perjanjian, ianya adalah bergantung pada budi bicara pemilik rumah atau penyewa tersebut.

Sebaiknya adalah untuk anda menyediakan dua salinan (dua tandatangan) supaya penyewa anda boleh simpan surat perjanjian itu sebagai rujukan di masa hadapan.

Klik di sini untuk muat turun surat perjanjian sewa rumah Sewanify 2020

Dapatkan Setem di LHDN

Adanya surat perjanjian sewa rumah memudahkan kedua belah pihak dalam memahami hak dan kewajibannya.

Dokumentasi surat perjanjian ialah untuk mengemukakan dan membuktikan apa yang telah dipersetujui.

Sumber: www.azmanisma.com

Setiap perjanjian yang dilakukan mesti dimatikan setem di pejabat LHDN.

Jadi, mengapa perlu setem hasil?

Keperluan penseteman wujud dibawah Akta Setem 1949. Dibawah Akta ini, penseteman dokumen dilakukan bagi tujuan:

“bagi membolehkan dokumen-dokumen berkenaan diterima sebagai keterangan di mahkamah, terutama semasa dikemukakan sebagai keterangan dalam tindakan sivil (terutama menuntut gantirugi) diantara pihak-pihak. Ini penting kerana menurut peruntukan seksyen 52 Akta Setem 1949, suratcara yang tidak disetemkan sewajarnya tidak boleh diterima sebagai keterangan (kecuali didalam kes-kes jenayah, atau apabila suratcara atau dokumen berkenaan disetemkan kemudiannya setelah membayar penalti).”

Jadi, selepas penyewa dan anda telah bersetuju untuk tandatangan kontrak, anda harus terus ke LHDN untuk mendapatkan setem pengesahan bagi melindungi anda daripada sebarang permasalahan undang-undang.

Kesimpulannya, surat perjanjian sewa rumah adalah penting untuk dibuat sebelum penyewa menggunakan rumah sewa anda.

Terdapat pelbagai template surat perjanjian yang anda boleh gunakan sebagai surat perjanjian sewa rumah anda.

Walaupun begitu..

..rata-rata surat perjanjian yang ada adalah berbahasa Inggeris dan digunakan secara umum di seluruh dunia.

Maka ianya kurang sesuai sekiranya digunakan di Malaysia dan anda hanya ingin menyewakan rumah anda kepada penduduk tempatan sahaja. Lebih-lebih lagi ramai yang kurang memahami bahasa Inggeris.

Berita baik untuk anda:

Sewanify telah mengambil inisiatif untuk mencipta contoh surat perjanjian sewa rumah umum yang khusus untuk digunakan di Malaysia dan yang paling penting, ianya berbahasa Melayu!

Gambar-gambar yang kami sertakan di dalam artikel ini adalah diambil daripada surat perjanjian Sewanify.

Yang menariknya:

Ianya adalah mudah untuk digunakan dan hanya mempunyai 16 muka surat sahaja. Sesuai bagi anda yang inginkan surat perjanjian sewa rumah yang ringkas dan padat.

Update: Kini dengan versi terbaru untuk Tahun 2020! Lebih padat dan lengkap untuk melindungi rumah sewa anda daripada tindakan penyewa yang tidak diingini! Kini anda boleh gunakan surat perjanjian ini tanpa sebarang watermark daripada Sewanify!

Berminat untuk dapatkannya?

Klik di sini untuk muat turun surat perjanjian sewa rumah Sewanify 2020

Kredit: Artikel ini ditaja oleh Tavernify

Gallery Perjanjian Sewa Menyewa Rumah

7 Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah Terbaru 2019

Perjanjian Kontrak Rumah Perjanjian Kontrak Rumah Yang

Doc 1 Surat Perjanjian Sewa Menyewa Rumah 1 Haedar

7 Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah Terbaru 2019

Contoh Surat Kontrak Rumah Materai Yang Benar 2019

7 Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah Terbaru 2019

Contoh Perjanjian Sewa Menyewa Rumah Pdf Merge Jesuscasini

Tinjauan Tentang Pelaksanaan Perjanjian Sewa Menyewa Rumah

Contoh Perjanjian Sewa Menyewa Gedung Quifenade22 S Soup

Folreho Blog Archive Surat Perjanjian Sewa Menyewa Kios

Contoh Surat Perjanjian Sewa Menyewa Rumah Fh Uii

Doc Surat Perjanjian Sewa Menyewa Rumah Perjanjian Sewa

Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah Ruko Kios Rumah Dan

Upaya Perlindungan Hukum Bagi Penyewa Yang Melakukan

Hulkmalfi مطالب فروردین 1397

7 Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah Terbaru 2019

Surat Perjanjian Sewa Rumah Toko Docx

Contoh Kontrak Perjanjian Sewa Menyewa Telegraph

Page 100 Search Surat Mohon Kuarters Topslide Net


0 Response to "Perjanjian Sewa Menyewa Rumah"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel